Followers

Advert

Saturday, 8 May 2010

Resepi Karipap Ayam

Petang ni buat karipap utk buah tangan abang ke majlis ilmu. Alhamdulillah berjaya jugak kumenyiapkannya. (Sebab sebenarnya I ni suka makan karipap but malas sungguh membuatnya). Selalunya, tiap kali buat mesti ada pembantu, cam tadi, awin kupas kentang, aiman potong kentang bg jd dadu kecik, aiman tlg kupas bawang, abah cincangkan ayam. Aiman ulikan pastri, mama produce sampai siap..Seee..abis serumah menolong. sib baik zikri tolong tengoook jek..Hadeee..siap goreng, bes kan makan karipap panas2 di tengah2 sejuk ujan kat Birm nih. x sangka betul dari last week suhu turun semula. Stokin thermal yg plan nk humban tpaksa pakai semula.

Bahan inti :
5 biji kentang potong dadu
1 keping dada ayam, cincang

Bahan tumis :
2 biji bawang holand potong dadu
4 biji bawang putih cincang
2 sudu mkn serbuk kari
3 hiris halia, tumbuk halus
2 sudu teh gula dan garam secukupnya

Gorengkan bahan tumis sampai naik bau, masukkan ayam, kemudian kentang, buh air sikit, tutup periuk, biarkan kentang empuk.

Bahan pastri :
3 cawan tepung gandum
40gm butter, panaskan dan gaulkan pada tepung semasa masih panas
setengah cawan air + garam sikit

Ulikan suma bahan pastri hingga lembut utk jadi doh.

**Goreng karipap guna minyak yg sederhana panas supaya kulit karipap x jd menggerutu..seperti gambar di atas. hi3..ni gara2 nk cepat sebab masa menyiapkan tugasan ini hanya sejam setengah. tu ar..suka wat kija last minit, sejuk..malas nk turun ke dapur..

2 comments: