Sunyi blog mama..dah xda lagu yg selalu suka dengar kerana hari bosan sedunia telah melanda. Semalam pagi Aiman tolong lawakan blog dengan keje2 dia yg akhirnya..tradada..nilah hasilnya. ma rasa cam x kene ngn citarasa, but nak amik ati Aiman mama pun kata orait la. Nilah asam garam membesarkan kalian anak2 mama, kadang2 mama mengalah, kadang2 mama kasi 'chan' u all menang. Tujuannya supaya anak2 mama dapat belajar bertolak ansur antara satu sama lain.
Melihat anak2 membesar rasanya kejap je waktu berlalu. Tadi tima msg dari abang Adib, 'ma kita g pasar'..ni mmg hobi dia, tiap kali cuti mesti pegi pasar malam. suka sgt pegi pasar malam anak sulung mama nih, pulak now cuti semester, mau 2 bulan dia ronda suma pasar malam yg ada kat pekan Banting tu karang. hadodo.
Aiman, tiap petang mesti badminton, ari2 balik lambat. dia xtau ker mama sunyi dan tunggu dia balik cepat.
'Awin, tlg amik cawan ni buh kat dapur, basuh sekali'. mama bagi arahan sbb lebat bulu mata tgk cawan ada atas meja study. 'tu cawan abang Eman'..laju jer menjawab. Haa, ni satu anak dara nih, ngn bang eman cam kucing ngn dot2..asik nk bcekau. Dulu kecik2 melalak beria kalo abang2nya kata x sayang, sekarang..ayatnya jadi lain. 'Lebih baik xda abang'. ni ayat bila gado ngn abg adib atau abg aiman. Kadang bila dengar rasa nk masuk campuuur je tp mama bersabar.
Zikri..ni anak mama yg paling harus dikasihani kerana dia ada lbh kurang dua bulan aje nk manja2 cam sekarang. Sok balik mesia mama tau dia xkan dapat peluang berulit ngn mama. Keje2 dah sedia menunggu. Sian Kiki mama..
Sebenarnya, petang ni emo x bagus, ketawa bukan bermakna suka sentiasa, dalam hati cuma kita yg tahu. Actually mama sedang berusaha lari dari sesuatu yg tidak menggembirakan, but kurang berjaya. Sebab masalah yg mendatang bukan atas kemahuan kita. Kadang2 bukan semua perkara kita boleh elakkan. Bila terjadi juga dan terpaksa hadapi, maka seperti terjejaslah kebahagiaan. Teringat nasihat seorang teman, hidup bukan utk yg indah2 aje..But seperti biasa, mama lebih yakin tentang hikmah yg Allah akan kurniakan. Positif2..
Apa yg mama catat today, tentang ragam anak2, sebenarnya ada kaitan dgn yg mama sedang hadapi, iaitu melayani ragam orang keliling yg sometimes mama pening. uish..peninglah. biar jelah..
cam lagu Sudirman :
'Biar saja..tak perlu dinyatakan..'
'biar saja..rahsiamu..rahsiaku..
'bla2..bla..mama da pening le tuu..'
No comments:
Post a Comment