Followers

Advert

Wednesday, 5 May 2010

Big Hug utk Su

Alhamdulillah, akhirnya Su selamat menjalani 6 kali rawatan kimoterapi. Msg dari Su tadi buat I sebak, airmata laju menitis. Syukurku padaMu ya Allah, terasa seperti dikembalikan sebuah kebahagiaan. Tahniah Su, moga hari2 depan yg akan kita lalui memberi sejuta makna. Kita dah lalui ujian.Doaku dirimu terus tabah. I tahu u x sabar nk habiskan rawatan ini walau kesan kimoterapi ini peritnya hanya dirimu yg tahu.
Betul Su, umpama mimpi dalam mimpi. Masih terbayang sukarnya kita menerima berita hasil ujian mamogram u. I terkasima sebentar, menangis, bertenang, dan belajar menerima kenyataan. Ini adalah ujian, kita adalah insan2 terpilih. Keliru mendengar entah nasihat entah pendapat, u bingung mana satu untuk buat keputusan yg paling tepat, but I lebih yakin bahawa kanser perlu dirawat di hospital. Kesian kawan2 yg buat phd kat bahagian kanser ni, btungkus lumus mengkaji, bukan I tak percaya pada rawatan tradisional, but pada I kanser berbeza dgn penyakit lain. Lebih2 lagi selepas mendengar nasihat dari kwn2 spt Prof Madya Dr Norlia dan Dr Rafie, kita kene yakin pada qadak dan qadar Allah, yg penting usaha dengan cara terbaik.
Apapun Su, sama2 kita berdoa, moga Allah sentiasa memelihara kita. Ini semua semakin mendekatkan kita kepadaNya. Dia tidak akan menganiaya kita sebaliknya memberi kita yang terbaik.
Take care dear

No comments:

Post a Comment