Today masak simple mimple champak2..sebab lapar suda. Abang pula balik awal kerana perutnya sudah berbunyik. Maka inilah hasilnya.. yang chakap melayunya goreng taugeh+buncis jekkk..hi3..
Ops, sebelum tu, share pengalaman sikit masa kat dapur tadi. Minta Awin kuarkan taugeh, orait..betul, kenal taugeh anak mama nih. But bila suh kuarkan kachang buncis dari peti ais, konfiden jek dia jawab xda, walhal semalam baru beli. Pastu dia selongkar laci yg ada kachang tanah, walnut, almond. I tanya..napa carik kat laci? dia jawab..mesti mama salah letak, kachang2 kan buh kat sini. Maaak aii..upanya dia ingat bila kachang tu spisis dried, cam kacang2 almond, walnut..hadodo..tak kenal buncis upanya kamooo yaa. Mama pun bgtau, next time ingat ya..yg ni namanya buncis, jgn tau maaakaaan aje. Sambil kuarkan dari peti ais mama bgtau. Maka sengeh2 le Awin menerima pelajaran mengenal jenis sayuran. he3..
Bahan2 :
300 gm taugeh, buang ekor biar cun masa buh dlm pinggan
300 gm kachang buncis, potong dua jek
Bahan tumis :
3 ulas bawang putih, ketuk
3 bijik cili padi, ketuk
2 inci halia, potong halus
Perasa:
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kecik sesame oil
garam secukupnya
Cara2:
1. Guna sedikit jer minyak, goreng bahan tumis hingga naik bau .
2. Masukkan bahan perasa di atas tuh..
3. Masukkan kacang buncis, balik2kan sat, tutup api, last sekali masukkan taugeh. tradada..siap..
sat jekkk..
p/s : goreng sayur, jgn guna minyak yg dah guna ya Puan2..kolestrol tinggi, guna minyak baru and sikittt jek sbb da ada sesame oil..
No comments:
Post a Comment